rasanya belum terlewat saya membuat ucapan selamat tahun baru di sini. kita masih di dalam Januari 2012.
Cepatnya masa berlalu. Pelajar saya silih berganti. Datang dan pergi. Datang generasi baru. Perginya generasi yang menginjak dewasa.
Selamat menempuh alam dewasa. InsyaAllah saya sentiasa mendoakan lepasan pelajar SPM saya memperoleh keputusan cemerlang dan dapat menginjak kaki ke universiti pilihan hati masing-masing.
2012. Sememangnya memberi cabaran banyak kepada warga pelajar amnya dan warga guru khas nya. zaman makin berubah banyak. Dasar pelajaran dan pengajian juga semakin berubah. Cabaran dihadapan juga semakin banyak dan semestinya peluang juga sentiasa sengit.
Kepada semua pelajar yang saya sayang-sayang selalu, zaman anda sungguh mencabar banyak. Silalah berusaha dengan gigih. Kerana anda bakal menempuh cabaran secara global!