Saturday, 2024-Apr-27, 7:54 AMWelcome Guest | RSS
c i k g u & p e n s i l
Sila Cari Disini
Log Masuk
Menu Utama
Pensil Saya
Calendar
«  April 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930
Main » Entries archive

Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda mampu mencapai matlamat harian anda di setiap hari.

Semalam. Semasa mahu tidur. Pelajar saya menghantar mesej. Bunyi nya lucu. Tapi saya faham isi yang tersirat disebalik mesej itu.

Lihat ini:

"hi comel”

"comel lah cikgu ni”

"tengok tu..dah senyum”

"kadangkala kita terpaksa menipu untuk buat guru kita gembira

Ada sedikit ketawa dan senyum di hujung gurauan mesej itu.

Jadi. Saya membalas gurauan dia.

"pelajar memang suka memuji guru sungguh pun guru itu sudah faham benar dengan sikap "menipu” untuk "tujuan baik”

Dan saya sambungkan mesej itu lagi dengan ini:

"tapi tengok tu. Setiap seorang guru berusaha keras memberi tunjuk ajar dan gembira mengajar di dalam kelas untuk memujuk 40 orang pelajarnya dari setiap kelasnya suka dan terima pelajaran

"walaupun hakikatnya adakala guru itu sungguh letih”

 

Lihat?

Pelajar yang saya kasih.

Guru adalah pelakon paling hebat di dalam dunia. Mahu bergembira dan bagus-bagus di dalam pengajaran serta tidak mahu menjadikan anda tertekan dalam menerima pelajaran.

Membentuk generasi demi generasi pelajar. Bertahun-tahun. Menjadi gembira dalam setiap pengajaran dan pembelajaran seolah tiada pernah sedih dan penat.

Guru berjaya membuat pelajar menumpu perhatian ke arahnya. Berupaya membuat pelajar menerima dan mendengar kata-katanya. Berupaya pula mempengaruhi pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sungguhpun tidak seorang pun pelajar tahu apakah sebenarnya perasaan guru di hari-hari dan sentiasa pula menghadap muka anak-anak yang sama.

Cuma pada pandangan anda. Guru sentiasa bersedia. Guru sentiasa tahu apa susun atur "bahan" yang mahu disajikan buat anda. Mengajar anda dengan perancangan tersendiri. Cuba pula berusaha mengatur sesuatu yang ceria di dalam kelas.

Belajar dan bemesra dan sentiasa memastikan pelajarnya boleh lakukan!

Akhir kata,

Pelajar yang saya sayangi, mesra dan kasih kita hari ini adalah kenangan manis untuk hari dewasa anda.

 

Views: 870 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Feb-09 | Comments (2)

 
Pelajar yang saya sayangi, 
Usia anda yang manis-manis
Penuhi dan bajai lah dengan yang manis-manis juga
Perbuatan dan tindakan hari ini
Penentu kepada masa hadapan esok

Jika hari ini anda leka
Esoknya tentu anda berada dalam laba

Jika hari ini nasihat guru hari ini di pandang sebelah mata
Esok anda akan terasa betapa kata nasihat ini sungguh mahal dan bermakna
Esok anda tidak mampu mencapai apa-apa
Sedang dunia menjadi semakin memuncak maju
Sedang anda masih di situ-situ
Tidak mampu seiring dan berlumba

Pelajar yang saya sayangi,
Tiada guru yang suka dan senyum gembira
Melihat pelajarnya ketinggalan dan tidak berjaya

Januari sudah berpenghujung.

Cepatnya masa berlalu. Apa yang akan kita capai dalam hidup pada tahun ini?

Jadi, tetapkan lah matlamat. Set kan objektif hidup. Dan berusahalah mencapainya.

salam sayang,
iman
Views: 909 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Jan-27 | Comments (2)

Selamat pagi.

semoga pagi kita dilimpah rahmat bagus dari Allah. pagi ini saya mahu katakan sesuatu tentang betapa perlunya berfikiran POSITIF dalam hidup.

biar apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. ada manis. ada duka. ada tidak selesa mahupun seronok tidak terhingga. itu lah hidup.

apabila kita dilimpah gembira yang banyak. maka. itu lah nikmat.

apabila kita dilimpah duka dan murung yang banyak. maka. itu lah nikmat juga. kerana apakah?

kerana ia mematangkan kita dalam membuat keputusan
kerana ia memberi pengajaran kepada kita dalam setiap kesilapan
kerana ia menyedarkan kita disebalik kekhilafan
kerana ia memberitahu kita supaya berhati-hati dalam kehidupan

gembira. tidak lah selalu gembira.
sedih. tidak lah selalu sedih.

dan hidup tidak selalu gembira.
dan hidup tidak lah selalu sedih.

untuk apa yang berlaku dalam hidup ini. hadapilah dengan bersungguh serta berfikiran POSITIF!
Views: 884 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Jan-22 | Comments (2)

selamat pagi semua.

Semoga pagi anda hari ini sentiasa baik. Setiap pagi sebelum memulakan kerja molek benar kita berlapang dada.

Bagi pelajar, hati yang bersih dan tenang sebelum memulakan pembelajaran akan memudahkan anda memahami sesuatu pelajaran dengan baik.

Bagi warga guru, hati yang tenang dan bersikap berlapang dada sebelum memulakan kerja pada setiap hari menjadikan kita sentiasa redha dan menjadikan kerja kita satu ibadah.

Untuk Pelajar, sila amalkan ini:

"Sahaja aku pergi belajar kerana Allah Ta'ala"

Melangkah kaki keluar dari rumah untuk pergi kerja mahupun ke sekolah hendaklah bernawaitu LILLAHI TA'ALA.

Dan InsyaAllah, hari anda akan sentiasa berhati bersih dan mudah menerima pelajaran.

Rabbi Yassir [semoga Tuhan mempermudah kan segala urusan]


Inilah amalan yang ayahanda saya sentiasa mengingatkan saya dari kecil ketika mahu keluar ke sekolah setiap pagi. 

Moga menjadi amalan anda juga.

selamat bekerja dan selamat belajar!

iman.

Views: 823 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Jan-18 | Comments (2)

"Sehari selembar benang,
Lama-lama menjadi kain"

Dalam menimba ilmu. Beginilah keadaannya. yang penting adalah:

* MINAT
* KESABARAN
* KETEKUNAN


Pesanan saya buat para pelajar di luar sana. Silalah mempraktikkan tiga perkara utama  diatas dalam mencari ilmu.

Seusia ini. Saya juga sentiasa mempelajari sesuatu yang baru agar dapat memperbaiki kehidupan dan tahap pengetahuan dengan baik dari masa kesemasa.

Selamat malam. Sekali lagi pesan saya: MINAT adalah paling prioriti.

Wassalam,
iman
Views: 799 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Jan-16 | Comments (2)

Hari ini saya telah mencuba sesuatu yang baru.

Saya cuba membangunkan web cikgu dan pensil ini untuk mengisi sesuatu yang bermanfaat agar dapat dikongsi oleh semua para guru mahupun pelajar khasnya untuk matapelajaran Sejarah.

Diharap, dengan pengisian yang tidak seberapa ini mampu memberi anda input yang berguna.

Jika terdapat sebarang kesilapan, saya memohon maaf dan sudi lah kiranya menegur khilaf saya.

Akhir sekali saya sajikan ini:

"buah cempedak di luar pagar
Ambil galah, tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan"

Terima Kasih.

semoga hari kita yang berlalu, lebih baik dari semalam. InsyaAllah!
Views: 751 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Jan-15 | Comments (2)

« 1 2
Sila Undi
Rate my site
Total of answers: 572
Statistik

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Laman Rakan
  • Create a free website