itu lah guru! - 9 February 2011 - school and education
Friday, 2016-Dec-09, 11:26 PMWelcome Guest | RSS
c i k g u & p e n s i l
Sila Cari Disini
Log Masuk
Menu Utama
Pensil Saya
Calendar
«  February 2011  »
SuMoTuWeThFrSa
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728
Main » 2011 » February » 9 » itu lah guru!
10:13 AM
itu lah guru!

Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda mampu mencapai matlamat harian anda di setiap hari.

Semalam. Semasa mahu tidur. Pelajar saya menghantar mesej. Bunyi nya lucu. Tapi saya faham isi yang tersirat disebalik mesej itu.

Lihat ini:

"hi comel”

"comel lah cikgu ni”

"tengok tu..dah senyum”

"kadangkala kita terpaksa menipu untuk buat guru kita gembira

Ada sedikit ketawa dan senyum di hujung gurauan mesej itu.

Jadi. Saya membalas gurauan dia.

"pelajar memang suka memuji guru sungguh pun guru itu sudah faham benar dengan sikap "menipu” untuk "tujuan baik”

Dan saya sambungkan mesej itu lagi dengan ini:

"tapi tengok tu. Setiap seorang guru berusaha keras memberi tunjuk ajar dan gembira mengajar di dalam kelas untuk memujuk 40 orang pelajarnya dari setiap kelasnya suka dan terima pelajaran

"walaupun hakikatnya adakala guru itu sungguh letih”

 

Lihat?

Pelajar yang saya kasih.

Guru adalah pelakon paling hebat di dalam dunia. Mahu bergembira dan bagus-bagus di dalam pengajaran serta tidak mahu menjadikan anda tertekan dalam menerima pelajaran.

Membentuk generasi demi generasi pelajar. Bertahun-tahun. Menjadi gembira dalam setiap pengajaran dan pembelajaran seolah tiada pernah sedih dan penat.

Guru berjaya membuat pelajar menumpu perhatian ke arahnya. Berupaya membuat pelajar menerima dan mendengar kata-katanya. Berupaya pula mempengaruhi pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sungguhpun tidak seorang pun pelajar tahu apakah sebenarnya perasaan guru di hari-hari dan sentiasa pula menghadap muka anak-anak yang sama.

Cuma pada pandangan anda. Guru sentiasa bersedia. Guru sentiasa tahu apa susun atur "bahan" yang mahu disajikan buat anda. Mengajar anda dengan perancangan tersendiri. Cuba pula berusaha mengatur sesuatu yang ceria di dalam kelas.

Belajar dan bemesra dan sentiasa memastikan pelajarnya boleh lakukan!

Akhir kata,

Pelajar yang saya sayangi, mesra dan kasih kita hari ini adalah kenangan manis untuk hari dewasa anda.

 

Views: 317 | Added by: cikgudanpensil | Rating: 0.0/0
Total comments: 2
1  
salam cg..bnr apa yg cg ktakn 2...slen dr ibu bpa tgs cg kena mndidik ank muridnya mgenal sggala2nya tnpa knal erti lelah..thanks a lot cg...lots of love..

2  
maryam, sy harap awak berjaya mencapai cita-cita awak..
salam sayang: cikgu

Name *:
Email *:
Code *:
Sila Undi
Rate my site
Total of answers: 477
Statistik

Total online: 2
Guests: 2
Users: 0
Laman Rakan
  • Create a free website