Friday, 2024-Nov-22, 6:41 AMWelcome Guest | RSS
c i k g u & p e n s i l
Sila Cari Disini
Log Masuk
Menu Utama
Pensil Saya
Calendar
«  November 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

cikgu dan pensil



SPM  2011 diumumkan hari ini.

21 Mac 2012.

masih dalam perasaan gembira
melihat kejayaan anak didik saya
meraikan kejayaan SPM yang diumumkan

melihat peratusan dan peningkatan
sudah cukup buat saya tersenyum puas dan gembira banyak
memanjatkan syukur pada Tuhan tanda puas
melihat hasil setelah bertungkus lumus berusaha

Semoga semua dan saya
sentiasa bersemangat mendidik dan mencurah pemahaman pada pelajar
dan sentiada ada roh kesabaran didalam hati
alangkah bahagianya hari ini
melihat hasil terbentang didepan mata
setelah lelahnya memberi dan mencurah
teguran dan nasihat
didikan dan air mata

saya puas pada hari ini
kejayaan SPM sekolah saya amat memberangsangkan 
peratus kejayaan sekolah  bagi semua mata pelajaran sudah mencapai 99 peratus.
dan bidang saya juga
pelajaran yang pada semua orang dianggap malap dan tiada minat
telah mampu saya ubah menjadi baik-baik
terasa bahagia dan menuntumsenyum banyak.


dan bidang saya melonjak kepada 97 peratus peningkatan.
saya gembira benar!

dan saya berasa perlu ucap ini pada diri sendiri: 
SELAMAT BERUSAHA GIGIH LAGI PADA TAHUN HADAPAN.


Views: 13566 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2012-Mar-21 | Comments (159)

Selamat datang bulan Mac. 

Terasa cepatnya masa berlalu. kepada warga guru khasnya, semestinya perjalanan tahun 2012 ini sangat mencabar dari yang sebelumnya. 

Dan, disini ingin sekali saya menyeru supaya kita sentiasa memotivasikan diri sendiri. Menganjak diri supaya berubah sederap di hadapan dari tahun sebelumnya.

Tanyakan pada diri:

Apakah sumbangan kita pada organisasi kita?
Apakah jalan terbaik untuk kita sentiasa meningkatkan produktiviti kerja?


Saya tinggalkan anda dengan dua persoalan utama ini. Semoga kita semua berfikir apakah manfaat yang mahu kita tinggalkan pada dunia pendidikan yang menjadi darah daging kita. 

Serta.

Marilah berbuat sesuatu untuk memberi manfaat pada diri, anak didik, warga guru, dan negara kita khasnya.

Majulah pendidikan kita untuk anak bangsa kita.

Ayuh. Bergerak membuat kajian tindakan tentang perlunya sesuatu kaedah menarik bagi memperkayakan pemahaman dan peningkatan akademik anak didik kita sebaiknya. Seeloknya kita mencuba mencari idea kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran kita amnya. 

Saya juga sentiasa mahu mencuba dan mencuba. Semoga usaha kita dipermudahkan Allah SWT. 

InsyaAllah. 

selamat mencuba dan semoga ia memberi manfaat.

salam sayang,
iman.

Views: 3120 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2012-Mar-02 | Comments (0)

selamat tahun baru.

rasanya belum terlewat saya membuat ucapan selamat tahun baru di sini. kita masih di dalam Januari 2012.

Cepatnya masa berlalu. Pelajar saya silih berganti. Datang dan pergi. Datang generasi baru. Perginya generasi yang menginjak dewasa.

Selamat menempuh alam dewasa. InsyaAllah saya sentiasa mendoakan lepasan pelajar SPM saya memperoleh keputusan cemerlang dan dapat menginjak kaki ke universiti pilihan hati masing-masing.

2012.
Sememangnya memberi cabaran banyak kepada warga pelajar amnya dan warga guru khas nya. zaman makin berubah banyak. Dasar pelajaran dan pengajian juga semakin berubah.
Cabaran dihadapan juga semakin banyak dan semestinya peluang juga sentiasa sengit.

Kepada semua pelajar yang saya sayang-sayang selalu,
zaman anda sungguh mencabar banyak. Silalah berusaha dengan gigih. Kerana anda bakal menempuh cabaran secara global!

Jadilah orang yang sentiasa bersedia.

salam sayang,
iman
Views: 1726 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2012-Jan-24 | Comments (1)


SPM semakin hampir. Kepada pelajar yang saya kasihi ini lah masa yang suntuk untuk kalian berusaha dan sentiasa berusaha menajamkan akal dan menyediakan bekal bagi menghadapi peperiksaan.

Saya sadurkan kepada anda pesanan yang paling mustajab setelah anda berusaha. 

Bacalah doa penerang hati setiap kali memulakan ulangkaji pelajaran.

Dan saya tinggalkan anda dengan teknik untuk mengingat dengan mudah. Semoga ia membantu:

Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah:
Untuk mengingati pelajaran. Buatlah perkara ini. 

* menampal nota-nota penting di dinding
* tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
* gunakan kaedah akronimreka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
* pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Dan setelah berusaha, berdoa, dan bertawakkal. Saya doakan semoga kejayaan mengiringi anda semua. insyaAllah.

salam sayang,
iman
Views: 1529 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Nov-06 | Comments (0)


Pelajar tingkatan Lima bakal menduduki SPM tidak sampai sebulan sahaja lagi. Saya percaya kepada semua warga pendidik kini, hati menjadi gundah dan resah meniti hari mahu melepaskan anak didik berjuang di saat akhir.

Resah diiringi doa bercambah. Meminta Tuhan mempermudahkan urusan mereka.

Sudah tentunya pengisian kepada pelajar tingkatan Lima saat sekarang sarat dengan ulangkaji dan kata nasihat berguna. Memberi motivasi, ajaran dan tips terbaik sebagai bekal yang bagus. 

Setiap dari warga guru, sentiasa mendoakan kejayaan dan kefahaman anak didiknya tanpa mengira waktu. 

Setiap kata dialirkan nasihat yang banyak dan berjela pula. Selepas pesan dan pesan. selepas pesan dan lagi berpesan.

kerana apakah?

Setiap dari guru ibaratnya seorang ibu. Berpesan-pesan sentiasa. Dan ibarat ibu yang sentiasa tahu kelemahan anak nya. 

Sentiasa tahu anak muridnya mudah lupa.
Sentiasa tahu anak muridnya bakan bersikap cuai.
Sentiasa tahu apakah yang diperlukan oleh anak didiknya. 
dan
Sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak didiknya.

Kepada anak didik tersayang,
Ini lah sahaja tangga terakhir dunia persekolahan yang anda ada
Sebelum melangkahi kaki ke menara seterusnya
Yang Tahun Ini Cuma Beruniform Sekolah.

Berfikir bijak dan waraslah
Berhenti leka dan bermain banyak
Kelak,
Masa terluang menjadi sia-sia
Dan tidak lah berulang lagi.

salam sayang,
iman
Views: 1536 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Sep-22 | Comments (1)


Ramadhan sudah menginjak masuk pertengahan. Sekejap sahaja masa berlalu. Pantas berjalan sehingga kita merasakan semuanya menjadi suntuk.

Anak-anak usia 15 tahun sedang menghadapi peperiksaan percubaab PMR. dan insya Allah anak-anak SPM saya akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM selepas usai sahaja cuti Hari Raya Aidilfitri.

wahai pelajar yang saya kasih selalu,

MASA
IA CUMA SEKALI LALU

sudah anda bersedia
menghadap semua ini
dengan ilmu yang penuh-penuh didada?

hari dan masa
memang jarang dan tidak sekali kali menunggu kita
cuma kita yang kena
mengejar masa
dan mendapatkan ia
sebaiknya

sekarang waktu muda anda
yang seronok dan mahu ria
jika tidak mengindang ngindang
baik dan buruknya
kelak menjadi rugi semahunya

memang masa muda anda
seronok dan ria
berkawan dan semuanya
cuma gariskan lah landasan baik
untuk ada garisan hidup
yang anda mahu ikut 
dan tidak tercicir
dan tidak juga terjatuh sakit sungguh

masa muda yang ada ini
tidak akan berulang sekalipun
ia cuma sekali lalu
berubahlah. 
hargai masa
yang singkat ini



salam sayang
iman
Views: 1698 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Aug-16 | Comments (2)


Salam sejahtera kepada semua anak didik dan warga pendidik yang saya kasihi.

Bulan kemerdekaan kembali lagi. Ia mengingatkan kita betapa pentingnya sebuah keamanan dan kebebasan. 

Dan menjaga kemerdekaan negara kita sehingga keakhirnya. Memperingati tokoh pejuang terdahulu berjuang berair mata darah untuk sebuah kebebasan, maruah dan hak yang lama dipijak-pijak.

Hai anak didik,

Generasi sekarang janganlah melupai sejarah. Semangat cintakan negara dan bangsa bukanlah boleh dibeli-beli. Ia datang dari hati yang memahami kesukaran, jerih, dan  kepayahan tokoh terdahulu memperjuangkan negara kita dengan segala cara.

446tahun kita dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Cukup membuatkan kesan luka di injak-injak itu sehingga sekarang. Masyarakat terpisah dengan sistem pecah dan perintah mereka mengaut keuntungan bumi kita yang kaya ini, menjadikan kita mundur seribu langkah dari bangsa lain. 


Ambil lah pengalaman dan sikap terdahulu. Yang Buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan teladan. 

Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54, sudah 54 tahun kita bebas dari penjajahan. 

ia bukanlah sesuatu yang lega. 
ia adalah permulaan pada kita merubah sikap generasi muda.
supaya sentiasa bersedia.
ayuh. 
jangan leka. 


salam sayang,
iman.

Views: 1948 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Jul-25 | Comments (0)

Salam sejahtera kepada semua anak didik dan warga guru

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik. 16 Mei 2011 kita sekali lagi meraikan hari guru tanda penghargaan dan peringatan jerih payah kita dalam mendidik anak bangsa. 

Saya lahirkan rasakan tanggungjawab guru adalah begini: 



Guru bertanggungjawab ke atas sebarang laku
Berlepas tangan ia malu

Hak dan kewajipan ianya tahu

Dihalakan selangkah
Ditinggikan se ranting
Dilebihkan se kuku
Dipanjangkan se rambut

Diberi beban berat
Diberikan tanggungjawab

dan
Diberikan amanah hebat

wahai warga pendidik, ini lah tanggungjawab kita sebagai insan yang bergelar guru. Amanah yang diberi sungguh besar dan hebat bebannya. Semoga tidak kira bagaimana cabaran mendatang di hadapan, kita masih cekal dan sentiasa cekal dalam mendidik anak bangsa.

Kerana dari air tangan kita lah terbentuk masa hadapan negara dan segalanya. 
Views: 1678 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-May-17 | Comments (2)

Selamat sejahtera, 

Bulan May menyusul dengan peperiksaan pertengahan tahun persekolahan. 

saya selalu ingatkan pelajar saya bahawa ini lah kerja [belajar] yang perlu mereka lakukan dengan bersungguh.

tidak dapat tidak, kerjaya sebagai pelajar adalah sungguh beradab dan gentingnya adalah menjawab peperiksaan dan berusaha pula mendapat keputusan yang baik. 

"musim ini, ini lah kita"
 
dalam makna nya dan memberi erti bagus untuk yang tahu menilai kepentingan masa dan tahu menilai pentingnya ilmu dan pentingnya juga mempersembahkan sesuatu yang bagus dalam peperiksaan.

kepada semua pelajar,

selamat menempuh peperiksaan dan ingatlah ini lah masa muda anda yang tidak patut di sia-siakan.


salam sayang,
iman
Views: 1624 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-May-12 | Comments (0)

salam sejahtera,

saya berasa sungguh puas dan seronok apabila berjaya merubah sikap pelajar saya daripada tidak rajin menjadi rajin. Daripada tidak berusaha kepada berusaha.

Inilah nikmat dalam bekerja. Merubah sesorang daripada tidak hormatkan guru menjadi bersopan dan belajar berakhlak. Daripada tidak bertanggungjawab terhadap pelajaran menjadi bertanggungjawab kepada pelajaran dan masa hadapan.

Hati berasa sungguh senang melihat setiap air muka pelajar. Dan Hati juga tenang mendoakan kejayaan dan hari depan mereka.
INILAH JUGA KEPUASAN DALAM KERJA
.........................................

Hai Pelajar, 

Inilah yang dinamakan hati hendak semua jadi. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Setiap seorang guru sebenanrnya adalah cuma pembimbing kepada kemahuan dan kejayaan anda itu.

Guru boleh memberi anda pemahaman jika anda tidak faham sesuatu perkara pelajaran. Guru juga boleh memberi anda tegur dan nasihat jika anda sedang salah dan khilaf.
Guru juga boleh menunjukkan jalan terbaik untuk anda pilih jika anda sedang buntu mencermin diri.

Hormati lah orang yang memberi anda ilmu. Kelak ilmu anda menjadi berkat selalu. Sedewasa nanti, bila anda sudah betul-betul dewasa. Anda akan sentiasa berfikir, alangkah besar dan betulnya nasihat dan bimbingan guru hari ini sebagai panduan hidup anda kelak.

salam sayang,

iman.

Views: 1993 | Added by: cikgudanpensil | Date: 2011-Mar-08 | Comments (0)

1 2 »
Sila Undi
Rate my site
Total of answers: 572
Statistik

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Laman Rakan
  • Create a free website