Salam
sejahtera kepada semua. Semoga anda mampu mencapai matlamat harian anda di setiap hari.
Semalam.
Semasa mahu tidur. Pelajar saya menghantar mesej. Bunyi nya lucu. Tapi saya
faham isi yang tersirat disebalik mesej itu.
Lihat ini:
"hi comel”
"comel lah cikgu ni”
"tengok tu..dah senyum”
"kadangkala
kita terpaksa menipu untuk buat guru kita gembira”
Ada sedikit ketawa dan senyum di hujung gurauan mesej itu.
Jadi. Saya
membalas gurauan dia.
"pelajar memang suka memuji
guru sungguh pun guru itu sudah faham benar dengan sikap "menipu” untuk "tujuan
baik”
Dan saya
sambungkan mesej itu lagi dengan ini:
"tapi tengok tu. Setiap seorang
guru berusaha keras memberi tunjuk ajar dan gembira mengajar di
dalam kelas untuk memujuk 40
orang pelajarnya dari setiap kelasnya suka dan terima pelajaran”
"walaupun hakikatnya adakala
guru itu sungguh letih”
Lihat?
Pelajar
yang saya kasih.
Guru
adalah pelakon paling hebat di dalam dunia. Mahu bergembira dan bagus-bagus di dalam pengajaran serta tidak mahu
menjadikan anda tertekan dalam menerima pelajaran.
Membentuk
generasi demi generasi pelajar. Bertahun-tahun. Menjadi gembira dalam setiap
pengajaran dan pembelajaran seolah tiada pernah sedih dan penat.
Guru
berjaya membuat pelajar menumpu perhatian ke arahnya. Berupaya membuat pelajar
menerima dan mendengar kata-katanya. Berupaya pula mempengaruhi pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sungguhpun tidak seorang pun pelajar tahu
apakah sebenarnya perasaan guru di hari-hari dan sentiasa pula menghadap muka anak-anak yang sama.
Cuma
pada pandangan anda. Guru sentiasa bersedia. Guru sentiasa tahu apa susun atur "bahan" yang mahu disajikan buat anda. Mengajar anda dengan perancangan tersendiri.
Cuba pula berusaha mengatur sesuatu yang ceria di dalam kelas.
Belajar
dan bemesra dan sentiasa memastikan pelajarnya boleh lakukan!
Akhir kata,
Pelajar
yang saya sayangi, mesra dan kasih kita hari ini adalah kenangan manis untuk
hari dewasa anda.
|